Jamal Mohon Maaf Kepada KJ, Kes Saman Fitnah Selesai

KUALA LUMPUR: Pertikaian saman fitnah antara bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Penyelesaian dicapai selepas Jamal mengemukakan permohonan maaf kepada Khairy dalam prosiding yang direkodkan di hadapan Hakim Datuk Anand Ponnudurai.

Peguam yang mewakili Khairy, Shakeel Saifuzzaman memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat berhubung syarat penyelesaian sekali gus menamatkan kes tanpa perlu diteruskan ke perbicaraan penuh.

Menurutnya, persetujuan bersama itu dibuat selepas kedua-dua pihak menerima terma yang dipersetujui dalam rundingan.

Kes berkenaan sebelum ini bermula apabila Khairy memfailkan saman pada Mei 2023 susulan kenyataan Jamal ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Januari tahun sama.

Khairy mendakwa Jamal telah mengadakan sidang media sebelum memuat naik rakaman video kenyataan tersebut menerusi Facebook dan TikTok miliknya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu mendakwa kenyataan berkenaan memberi gambaran buruk terhadap dirinya termasuk menuduh beliau tidak berintegriti, tidak layak memimpin serta tidak setia kepada UMNO.

Pada September 2023, Jamal pula memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan tuntutan yang dibuat tidak jelas selain menyifatkannya sebagai penyalahgunaan proses mahkamah.

BBerkaitan

Latest articles