Isu Titah Adendum: Pemuda UMNO Teluk Intan Turut Gesa Nilai Kedudukan Dalam Kerajaan

KUALA LUMPUR: Dalam langkah menghormati kebebasan badan kehakiman negara, Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan turut menegaskan perkembangan terbaru berkenaan titah adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak perlu diteliti secara cermat agar tidak mencetuskan kekeliruan atau menjejaskan kedudukan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, khususnya berkaitan kuasa pengampunan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Zulfadzli Hisham Abu Zahni mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, sebarang isu yang menyentuh titah dan kuasa Diraja mesti ditangani dengan penuh adab, kebijaksanaan serta rasa hormat oleh semua pihak, termasuk pemimpin politik.

Menurutnya, pendekatan yang berhemah amat penting bagi memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara.

“Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan turut memandang kurang wajar tindakan beberapa pemimpin DAP yang dilihat memberikan reaksi terbuka secara berlebihan terhadap keputusan mahkamah ini, sehingga berpotensi mencetuskan persepsi tidak sensitif terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong. Pendekatan sedemikian tidak membantu meredakan keadaan dan tidak selari dengan semangat kenegaraan yang matang.

“Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan menyeru pimpinan tertinggi UMNO agar menyatakan pendirian yang jelas dan konsisten dalam mempertahankan prinsip Perlembagaan serta kedaulatan institusi Raja.

“UMNO juga perlu menilai secara serius kedudukannya dalam kerajaan sedia ada sekiranya asas perjuangan parti berkaitan Raja, agama dan negara tidak dipertahankan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan turut menggesa pimpinan tertinggi parti agar tampil menyatakan pendirian yang jelas dan konsisten dalam mempertahankan prinsip Perlembagaan serta kedaulatan institusi Raja.

Malah, UMNO perlu menilai secara serius kedudukannya dalam kerajaan sedia ada sekiranya asas perjuangan berkaitan Raja, agama dan negara tidak dipertahankan dengan sewajarnya.

Tegas Zulfadzli lagi, UMNO mesti kekal sebagai parti yang berprinsip, berhemah dan berani mempertahankan asas kenegaraan demi menjamin kestabilan serta keharmonian negara.

BBerkaitan

Latest articles