Indonesia tambah eksport ayam hidup ke Singapura

JAKARTA: Sebuah syarikat pertanian makanan Indonesia merancang untuk menubuhkan tiga ladang baru di Bintan tahun ini, untuk meningkatkan bekalan ayam hidup ke Singapura.

Japfa Comfeed Indonesia (JCI) menjangkakan akan membekalkan ayam hidup ke Singapura menerusi laut menjelang akhir tahun ini, menurut dua sumber yang memberitahu akhbar The Straits Times.

JCI, anak syarikat Indojaya Agrinusa, pengendali tempat penetasan di Bintan yang menyediakan anak ayam berusia sehari ke wilayah Kepulauan Riau, mungkin memulakan operasi bagi ladang pertamanya seawal September, kata satu sumber.

Setiap dari tiga ladang itu, yang akan ditempatkan di lokasi berbeza, akan menempatkan 150,000 ekor ayam, tambah sumber berkenaan.

Satu lagi sumber berkata setiap ladang mesti mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 ayam – ‘angka minimum apabila membicarakan mengenai kebolehlaksanaan’.

Dalam pada itu Malaysia dijangka akan membuat keputusan samaada membenarkan semuala ekport ayam dijual ke negara singapura selepas 31 ogos 2022 nanti.

Menteri Pertanian dan industri makanan, Datuk ser Dr Ronald Kiandee berkata Tentu sekali selepas 31 Ogos ini kerajaan akan mengkaji aspek sama ada nak kekalkan subsidi atau nak apungkan harga, ataupun untuk membuka semula eksport ayam bulat ke luar negara.

“Itu akan kita pertimbangkan. Kita ada sebulan lagi untuk melihat perkembangan yang akan berlaku dalam industri ternakan dan juga perusahaan ayam di negara kita,” katanya kepada media selepas melancarkan Pavilion AgroTech Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 semalam.

ini berikutan permintaan dari penternak yang kini berdepan masalah pasaran ayam berikutan bekalan ayam sudahpun melebihi permintaan pasaran. Kerajaan yang sebelum ini bertindak menyekat penjualan ayam hidup ke luar negara menyebabkan bekalan ayam yang standart yang sepatutnya dijual ke luar negara memasuki pasaran ayam tempatan dan sekaligus menyebabkan pasaran kini mempunyai lebihan ayam di pasaran.

justeru mereka memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula kebenaran itu dan mengkaji semula langkah membawa masuk bekalan ayam sejuk beku dari luar negara tampa permit import kerana ini menyebabkan industri penternakan ayam negara terjejas dan sekaligus menyebabkan jaminan keselamatan makanan akan terjejas dan berubah kepada ketidakselamatan kerana kita akan mengimport makanan terlalu besar sedangkan industri ayam kini berada di tahap 104 peratus keperluan tahap sara diri (SSL) negara.

BBerkaitan

Latest articles