Ibu Kandung, Bapa Tiri Arwah Amir Mengaku Tak Bersalah

Kedua-dua suspek yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ditemui lemas dalam tong air di Krubong, pada akhir Januari lalu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kanak-kanak malang itu, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, juga dipercayai menjadi mangsa penderaan pasangan suami isteri itu pada hujung bulan lepas.

Kedua-dua suspek, ibu kandung, Zuraida Atan dan bapa tiri mangsa, Mohd Fadzli Abdul Razak dihadapkan ke mahkamah di sini atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak itu.

Mereka dikawal ketat serta bergari dibawa terlebih ke Mahkamah Majistret bagi pembacaan pertuduhan atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengikut kertas pertuduhan, pada jam 3.32 petang beralamat Taman Krubong Jaya, Zuraida telah bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Zubaidi Amir Qusyairi.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh berhadapan hukuman mati.

Bagaimanapun tidak ada apa-apa pengakuan direkodkan daripada kedua-dua supek bagi pendakwaan itu.

Hakim Mazana Sinin memutuskan sebutan kes pada 29 Mac depan setelah keputusan bedah siasat diperolehi dalam masa terdekat.

Sejurus selepas itu, suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen bagi kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Zuraida diwakili peguam bela, Ishak Mohd Kari, Yusman Che Aman dan Saifuzzaman Ab Rahman manakala suspek lelaki pula diwakili Datuk Ahmad Mustafi.

Terdahulu, Zuraida dibawa masuk dengan kawalan ketat polis manakala bapa tiri arwah pula tunduk sepanjang masa serta cuba menutup wajahnya.

Zubaidi Amir Qusyairi ditemui meninggal dunia di kediamannya di sini dalam sebuah tong air berketinggian 60.9 sentimeter kira-kira jam 4 petang pada 29 Januari lepas.

Hasil siasatan polis mendapati, pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan kanak-kanak itu.

Malan terdapat banyak kesan lebam dan beberapa kecederaan lama serta baharu di badan kanak-kanak terbabit, termasuk kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala dipercayai baru berlaku terhadap mangsa.

BBerkaitan

Latest articles