Ibu, Dua Anak Maut Dipercayai Terhidu Gas

KUALA LUMPUR: Tiga beranak maut dipercayai terhidu bau gas penghidup api di bilik sewa mereka di Kampung Baru Ampang, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat ibu berusia 42 tahun bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan anak perempuan berusia 15 tahun ditemui oleh seorang lagi penyewa bilik lain di rumah yang sama di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, kira-kira jam 7.30 pagi.

Susulan menerima maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bergegas ke lokasi sebelum menemui jasad ketiga-tiga dalam sebuah bilik tidur utama.

Pemeriksaan oleh Pegawai Pembantu Perubatan Hospital Ampang, mengesahkan ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia lebih daripada 24 jam.

BBerkaitan

Latest articles