Hwa Kwong mahu selesaikan 3 isu besar di DUN Penggaram

BATU PAHAT – Tiga isu besar menjadi perkara penting kepada Ter Hwa Kwong untuk diselesaikan sekiranya beliau diberi peluang menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram.

Tiga perkara yang digariskan untuk dilaksana oleh calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA itu adalah isu kesesakan jalan raya di bandar Penggaram, masalah banjir dan air pasang serta masalah kekurangan kawasan perindustrian untuk perniagaan.

Katanya, kawasan berkenaan telahpun ketingagalan 10 tahun dari segi pembangunan yang sepatutnya wujud di kawasan bandar terutama dalam aspek ekonomi.

“Kita memang menghadapi kesesakan lalu lintas, dalam majlis perbandaran saya telah menyuarakan kita kena buat jejantas di bandar sebab nak kurangkan kesesakan ini.

“Selain itu, masalah banjir dan air pasang juga berlaku dan ini harus diberi tumpuan. Ini memang satu perkara yang rumit dan memerlukan masa serta peruntukan yang banyak dari segi kewangan.

“Kita perlu bekerjasama dengan kerajaan Johor khususnya kerajaan Pusat untuk mendapatkan peruntukan yang besar dalam usaha membersihkan Sungai Batu Pahat dan itu antara misi dan visi saya,” katanya yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Hwa Kwong berkata, berkenaan kekurangan kawasan perindustrian, ia perlu diwujudkan segera agar peluang pekerjaan dapat disediakan kepada semua peringkat usia.

Tambahnya, ia juga bagi membantu golongan yang terlibat dalam perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) dimana mereka memerlukan tempat untuk menjalankan aktiviti dengan lebih sempurna.

“Kebajikan orang kurang berkemampuan juga akan kita utamakan, selain pembanguna dari segi kawasan yang memerlukan sesuatu yang baru sebab Batu Pahat ini dalam proses pemutihan,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles