Harga terbaru jualan Ayam, Subsidi dijangka diumum rabu ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara yang bersidang hari ini dijangka akan mengumumkan harga siling terbaru jualan ayam di Malaysia selepas mesyuarat kabinet rabu ini.

Menurut sumber harga siling yang akan dikenakan diantara RM 9 hingga RM10.50 sekilogram, meningkat berbanding RM8.90 yang dinikmati sehingga akhir Jun ini.

Harga subsidi itu bagaimanapun hanya dalam tempoh sementara minimum sebulan atau lebih, bagi menjamin bekalan ayam kepada pengguna di seluruh negara katanya ketika dihubungi TRI hari ini.

Dijangka penentuan harga maksimum ayam di peringkat ladang juga akan ditingkatkan kepada harga rm 7.00 -7.10 berbanding harga RM 5.60 untuk sekilogram sekarang.

Walaubagaimanapun kerajaan tetap akan meneruskan pemberian subsidi seperti yang dilaksanakan bagi membantu rakyat mendapatkan harga yang adil dan tidak merugikan para pemain industri.

Dengan peningkatan had syiling serta penerusan pemberian subsidi ianya mewujudkan situasi menang-menang kepada peladang, pemborong, peruncit dan pengguna kata sumber itu lagi.

Baru-baru ini, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng kesal kerana terlalu banyak spekulasi tentang harga ayam selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam baru-baru ini.

“Terlalu banyak spekulasi…ada yang kata harga ayam akan dipasarkan sehingga RM15 sekilogram. Ini semua mengarut.

“Sedangkan kami juga bimbang jika harga ayam terlalu tinggi, pengguna akan berhati-hati dalam berbelanja yang akhirnya kami juga yang rugi,” katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette.

BBerkaitan

Latest articles