Harga Siling ayam kini RM9.60 sekilogram

PUTRAJAYA, 29 JUN 2022 – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung Malaysia.

Mesyuarat juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen/biji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuatkuasa bermula 1 Julai 2022 ujar Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebentar tadi.

Untuk rekod kerajaan sebelum ini menetapkan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, ayam bulat super pada RM9.90 sekilogram, telur ayam gred A pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.

menurut Dr Ronald lagi, Keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

“Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2600 tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan.

“Dengan pelaksanaan subsidi ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

Tambah Ronald lai, Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

” Namun, Kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup katanya.

BBerkaitan

Latest articles