Hanya Sanusi Sahaja Calon MB Kedah

 

 

 

KUALA LUMPUR: PAS Kedah menegaskan tiada nama lain selain Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menjadi calon Perikatan Nasional (PN) untuk jawatan menteri besar bagi negeri itu.

 

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahya bagaimanapun berkata keputusan itu berdasarkan kepada sudut politik yang digambarkan oleh PAS Kedah.

 

“Setakat ini kita letakkan dia (Sanusi) adalah calon utama tidak ada calon kedua untuk PAS Kedah.

 

“Tapi kita faham, kita menghormati sistem untuk lantikan dan sebagainya sudah tentu dan PN Kedah akan mengangkat cadangan ini kepada PAS Pusat dan dipersembahkan kepada Sultan Kedah.

 

“Adab, susun atur dan proses itu akan diikut sebagaimana yang dituntut.

 

“Cuma dari sudut politik kita tegaskan itulah (Sanusi) satu-satunya calon kita,” katanya kepada media selepas menghadiri siri ceramah mega Perikatan Nasional DUN Gurun di Dataran Caltex, Pewaja Steel, malam tadi.

 

Hadir sama Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit dan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar.

Sanusi, sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak pasti sama ada kekal sebagai Menteri Besar Kedah selepas PRN akan datang.

BBerkaitan

Latest articles