Hanya Salah Faham, Kes Pemandu Grab Dakwa Diserang Sudah Selesai

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemandu Grab yang mendakwa diserang oleh seorang individu kepada rombongan kenamaan pada jam 1.00 petang, semalam.

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan kejadian itu berlaku disebabkan timbulnya salah faham arahan pergerakan sewaktu mengalihkan kenderaan.

“Walau bagaimanapun, pada jam lebih kurang 9.59 malam hari yang sama, pengadu telah membuat laporan kedua.

“Dalam laporan itu, pengadu mengatakan kes telah diselesaikan secara baik dan tidak mahu memanjangkan lagi kes ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rusdi menasihati orang ramai untuk tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

BBerkaitan

Latest articles