Guru Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kes Cabul Murid

JOHOR BAHRU: Seorang guru lelaki direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang murid sekolah rendah di Seri Alam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Johor Bahru sehingga 27 Mei depan.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berkaitan kesalahan menyentuh tubuh badan kanak-kanak.

Suspek ditahan kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 37 tahun yang mendakwa kejadian berlaku di Seri Alam tahun lalu.

Terdahulu, isu berkenaan tular di Facebook selepas seorang pengguna mendakwa seorang murid perempuan menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh oleh seorang guru lelaki, selain mendakwa laporan telah dibuat kepada polis dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang.

BBerkaitan

Latest articles