Elok Jika Rafizi Selesai Masalah PKR Dahulu, Sindir Wan Saiful

KUALA LUMPUR: Bersatu mengalu-alukan apa jua kritikan, pendedahan dan teguran mana-mana pihak terhadap kepimpinan parti itu, termasuk Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun ‘menasihatkan’ Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya cermin diri dahulu dengan menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri sebelum membuat pendedahan berhubung dakwaan berlaku kepincangan dan rasuah sepanjang lebih 30 bulan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengalu-alukan sebarang pendedahan yang ingin dibuat yang pastinya tindakan Rafizi dilihat sedang mencabar autoriti Presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah lagi saya tengok parti seperti itu (cabar Presiden) tetapi kita alu-alukan sahaja teguran yang beliau mahu buat, walaupun bagi kita mungkin elok beliau selesaikan masalah parti beliau dahulu,” katanya.

Malam tadi, Rafizi yang juga calon Parlimen di Pandan mahu mendedahkan apa yang didakwanya kepincangan dan rasuah bernilai berbilion ringgit yang membabitkan pimpinan UMNO, Bersatu dan PAS ketika di bawah PN, esok.

BBerkaitan

Latest articles