Ebit Lew Bina Rumah Baharu Untuk Mangsa OKU Rumah Terbakar Selepas Dikongsi Di Media Sosial

Ibarat di mana ada gula di situ ada semut, tapi lain pula ceritanya dengan Ebit Lew, di mana ada masalah di situ ada Ebit Lew menghulurkan lebih dari sekadar yang diperlukan.

Semalam, seorang pengguna Facebook Aniq Shurfati berkongsi kejadian rumah terbakar melibatkan rumah sepupunya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.

Rumah yang didiami hanya tinggal tangga dan bilik air. Lebih pilu, gambar yang dikongsikan menunjukkan lelaki itu duduk di atas tangga menyangkakan rumahnya masih ada kerana beliau tidak boleh melihat.

Hari ini, dengan kuasa Allah, Ebit Lew tiba ke rumah mangsa berkenaan dan menghulurkan bantuan dengan terus merancang untuk membina rumah yang baru untuk beliau.

“Alhamdulillah. Bantu rumah adik terbakar di Pengkalan Chepa. Dua beradik ni tadi menangis cakap terima kasih. Ulang kali. Sedih lak rasa.

“Terus plan buatkan rumah baru untuk adik ini. Tadi bawa plan rumah dan bayarkan dengan kontraktor disini untuk barang dan lain-lain.

“InsyaAllah telah bayar rumah ini sepenuhnya. Call Backhoe tolak kesan rumah lama. Hadiahkan motor baru roda tiga untuk abang ni cari rezeki. Motor lama dah terbakar. Menangis abang ni dapat motor baru. Katanya ya Allah, sehari dapat semua sekali,” demikian kata Ebit Lew di Facebook beliau.

Ebit turut berterima kasih kepada semua pihak yang turut menghulurkan bantuan meringankan beban mangsa berkenaan.

“Hebat abang ni jaga adik downsindrom dan buta. Setiap malam akan pergi rumah ini cari rumahnya. Tadi saya cakap nak buat rumah.

“Dia kata dekat saya tak nak tinggi takut jatuh. Saya kata rumah rendah je. Syukur pada Allah yang buat semua. Terima kasih pakcik makcik serta saudara adik ni yang banyak membantu dan menyambut saya tadi.

“Terima kasih Ketua Masyarakat Setempat. Terima kasih Ketua Kampung. Terima kasih Yang Berhormat dan Menteri yang lebih awal sampai membantu.

“Terima kasih YADIM. Terima kasih zakat dan semua NGO tempatan. Terima kasih semua media yang hebahkan.

“Terima kasih semua yang tag saya. Semoga Allah terima pengorbanan semua. Allah sayang semua,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles