Dua Lagi Mayat Mangsa Tanah Runtuh Merupakan Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan

KUALA LUMPUR: Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh ditemui berpelukan di bawah runtuhan dekat tepi sungai, jam 4.40 petang tadi.

Mayat mangsa ke-17 dan ke-18 itu merupakan pasangan ibu dan anak perempuan berusia kira-kira tiga tahun.

Kedua-dua mangsa itu dipercayai berkhemah di kawasan berhampiran tetapi pergerakan tanah menolak mangsa berhampiran sungai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan mangsa yang masih dikesan 15 orang.

“Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.

“Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan,” katanya, memetik laporan Harian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dijadual mengadakan sidang media petang ini.

BBerkaitan

Latest articles