Dominic Dakwa Akaun Twitter Digodam Selepas Dikritik Mahu Tanding Di Pulai

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendakwa ciapan di Twitter kononnya mahu bertanding di Parlimen Pulai bukan datang dari pihaknya.

Sebaliknya akaun media sosialnya telah digodam sehingga ciapan kontroversi itu dimuatnaik dan telah mengundang kritikan banyak pihak kerana tidak menghomarti pemergian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Dimaklumkan bahawa laman sosial Twitter rasmi Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tengah hari tadi.

“Pentadbir akaun Twitter rasmi (Dr.Dominic Lau 刘华才) sangat terkejut apabila terdapat satu ciapan pada pukul 12.37 yang kurang hormat iaitu ‘Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak? Untuk makluman, ciapan tersebut bukannya datang daripada YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai atau pentadbir yang sah.

“Pihak pentadbiran sedang mengesan punca insiden ini. Buat masa sekarang, protokol keselamatan yang terbaru telah diaktifkan termasuk penukaran kata laluan pada semua akaun media sosial rasmi beliau,” kata kenyataan itu.

Dominic berkata, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Dominic mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

BBerkaitan

Latest articles