Dakwaan perebutan kerusi PAS- Bersatu di Selangor, Ini jawapan PAS

PAS dan Bersatu akan mengekalkan kerusi yang disandang wakil rakyat masing-masing dalam menghadapi PRN Selangor akan datang, kata setiausaha PAS negeri di sebalik laporan bahawa partinya inginkan kerusi milik sekutu.

“Prinsipnya kekal kerusi (milik parti penyandang). Itu formulanya,” kata Roslan Shahir “Tidak timbul PAS mahu kerusi yang disandang parti rakan.”

Beliau ditanya tentang laporan media yang memetik sumber Perikatan Nasional bahawa PAS ingin bertanding di DUN Gombak Setia, yang ketika ini disandang oleh wakil rakyat Bersatu, Hilman Idham kapatanya kepada Portal FMT.

Roslan berkata kerusi boleh bertukar tangan apabila parti penyandang ingin bertukar kawasan, dan persetujuan dicapai oleh parti-parti terbabit.

“Kalau ada permintaan untuk tukar kawasan yang telah menang, atas dasar suka sama suka, ia akan dilakukan.”

Ditanya mengenai kemajuan rundingan kerusi Perikatan Nasional Selangor, Roslan menjangkakan ia akan dimuktamad pada awal Jun.

“Tiada isu besar dan semua berjalan lancar,” katanya.

Hilman memenangi kerusi Gombak Setia atas tiket PKR pada PRU14, selepas meraih 12,399 undi mengatasi calon PAS (11,758) dan calon Barisan Nasional (11,113).

Bersatu juga mempunyai wakil rakyat di Bukit Antarabangsa, Selat Klang, dan Dengkil; manakala PAS di Sijangkang.

Selangor mempunyai 52 kerusi DUN.

BBerkaitan

Latest articles