Dakwaan Gangguan Seksual, Ebit Lew Saman Caprice, Mondy

KUALA LUMPUR: Selepas menbuat laporan polis pada Isnin lalu, hari ini pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew telah memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Ebit memaklumkan perkembangan itu menerusi satu hantaran di aplikasi X, pada malam ini.

“Peguam saya, Datuk Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” katanya.

Jumaat lalu, Caprice, menerusi siri Podcast yang dikendalikannya menemubual Mondy, wanita yang pernah dibantu Ebit, dengan membuat pendedahan bahawa dirinya telah dicabul oleh pendakwah itu.

Mondy mendakwa Ebit bertindak mengusap tangan dan pipi, cuba merapati badan ketika berbual, selain disuruh berlakon solat dan mengaji demi kandungan di media sosialnya.

Ebit telah membuat laporan polis sebaik sahaja tiba di tanah air selepas pulang dari Jeddah, Isnin lalu, dengan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sangat melampau dan tidak berasas.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguam untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua kertas siasatan membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 500 kanun yang sama atas kesalahan fitnah.

Tambahan, tiga belas saksi akan dipanggil dipercayai dapat membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles