Ceramah PN Tak Dapat Sambutan, Petanda Awal Tewas PRN DUN Pelangai?

(sumber gambar Malaysia Gazette)

KUALA LUMPUR: Lagi dua hari sebelum hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, namun semangat kempen Perikatan Nasional (PN) mula menurun.

Malaysia Gazette melaporkan Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) yang menampilkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam, sendu apabila kebanyakan kerusi yang disediakan tidak diisi sehingga selesai ceramah sebelum jam 12 malam.

Ceramah berkenaan mengambil tempat di Dataran Purnama, Simpang Pelangai.

Ceramah berkenaan turut menampilkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Dilaporkan sambutan hambar juga pernah berlaku pada kempen PN di Pelangai, pada 25 September lalu, dimana pemimpin yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Meskipun khemah besar didirikan bagi memuatkan kira-kira 300 orang, tetapi jumlah boleh dibilang dengan jari.

Menerusi ceramah kempen PN malam tadi, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menceritakan pengalaman perjalannya untuk memasuki kawasan Pelangai.

”Rupa-rupanya Kampung Pelangai ini susah nak mari. Saya berjalan dari Karak sampai je Kampung Chemomoi, saya jumpa Datuk Saifuddin, Panadol tok..

”Dia kata nak buat apa Panadol? Dia kata jangan pusing-pusing tak nak lah.

”Orang Pelangai semua kedai mesti ada jual Panodol. Sebab panadol lah boleh menyebabkan rasa sihat sikit,” selorohnya.

BBerkaitan

Latest articles