C4 Dapat Pembiayaan Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan?

Laporan Tahunan 2019 dari badan bukan kerajaan (NGO) membuktikan ia menerima beberapa dana asing dari National Endowment for Democracy, NED dan Open Society Founfation, OSF yang dimiliki oleh George Soros.

Adalah berbahaya apabila sesebuah pertubuhan itu menerima dana dari luar, lebih-lebih kuasa besar kerana ia merupakan usaha ‘senyap’ untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Ulasan daripada Bekas Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2008 yang tular pada masa ini turut mempersoalkan apakah tujuan C4 bersetuju dengan pemberian dana berkenaan dengan isu keselamatan negara.

“Saya menjadi amat takut bila saya diberitahu dana asing ini terutama daripada NED digunakan untuk jatuhkan kerajaan di seluruh dunia. Malah, OSF yang dipunyai oleh George Soros, membuat revolusi melalui Colour Revolutin di merata tempat di dunia.

“Berbalik pada C4, jelas dalam paparan laman web mereka itu dicatatkan mereka mendapat dana sejumlah RM447,500 daripada yayasan yang dipunyai George Soros pada tahun 2019 dan 2020.

“C4 yang berselindung di sebalik nama sebuah syarikat dan bukannya NGO sebenar di Malaysia juga mendapat dana daripada NED sejumlah RM261,870 pada tahun 2019.

“Banyaknya dana asing yang C4 dapat. Apa tujuan mereka mengambil dana asing? Apakah ada perjanjian tertentu dengan pemberi dana?,” soalnya.

C4 baru-baru ini membuat serangan terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan mendakwa wujud pilih kasih dalam pemberian kontrak pembekalan peralatan Covid-19 Kementerian Kesihatan.

“Bila C4 membuat tuduhan tidak betul dan bersifat fitnah terhadap YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, jelas sekali menampakkan C4 ini ada agenda lain. Lebih-lebih lagi bila terkeluar senarai 39 NGO yang menyokong C4 ini,” katanya.

Penulis mengingatkan agar orang ramai tidak termakan dengan fitnah bersifat jahat yang dilakukan C4 dan mana-mana NGO yang menerima dana asing daripada NED dan OSF kerana ia adalah operatif asing yang digerakkan di seluruh dunia.

“… Bagaimana Nicolas Madura digunakan sebagai operatif untuk gulingkan kerajaan di Amerika Selatan dan bagaimana operasi Kapten John Lee Levitow menggunakan dana USAID membuat operasi di Vietnam.

“USAID ini adalah agensi yang menaungi NED yang diwujudkan ketika zaman Ronald Reagan lagi. Sewaktu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim bebas dari penjara pada sekitar tahun 2004, beliau segera ulang alik keluar negara bertemu Wolfowitz dan mendapatkan dana asing daripada Friedrich Naumann Stiftung, FNS dan Kondrad Adenuer Foundation, KAF di Jerman,” katanya.

Penulis juga menyebut kejadian 16 September 2008 ketika Anwar mendakwa mempunyai sokongan untuk membolehkan dirinya menjadi perdana menteri, dan Presiden PKR itu didatangi oleh Pengerusi NED, Carl Gershman dipercayai untuk menawarkan bantuan.

Bagaimanapun Anwar didakwa menolak bantuan asing itu.

“Berhati-hatilah dengan syarikat yang berselindung atas nama NGO seperti C4 ini, mereka ada agenda asing. Lebih-lebih lagi bila mereka mengakui di laman web mereka tentang tajaan asing itu,” tegasnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini