BN tanding 21 kerusi, rundingan dengan PAS dimuktamadkan — Zahid

Melaka – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi selepas rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dimuktamadkan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, PAS bersama rakan-rakannya pula akan bertanding di tujuh kerusi.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Barisan Nasional akan bertanding 21 kerusi dan mereka bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi,” katanya kepada media sepas Program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaul Husna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, Melaka malam ini.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa BN akan mengumumkan calon pada 24 hari bulan.

Mengenai penggunaan logo, beliau mengesahkan calon BN akan menggunakan logo gabungan itu, manakala keputusan bagi pihak PAS dan rakan-rakannya diserahkan kepada kepimpinan mereka.

“Logo kita, logo BN. Mereka terserah kepada kepimpinan mereka untuk memutuskannya. Yang penting, telah dimuktamadkan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles