BN Pertahan DUN Pelangai

KUALA LUMPUR: Kubu Barisan Nasional (BN) di DUN Pelangai terus dipertahankan dengan kemenangan calonnya di Pilihan Raya Kecil (PRK), Datuk Amizar Abu Adam.

Bagaimanapun, Amizar menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 2,949 berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Menerusi saingan tiga penjuru, Amizar memperolehi 7,324 undi.

Sementara dua lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 47 undi, sekali gus hilang deposit.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, malam ini.

Manakala peratusan keluar mengundi adalah 72.12 peratus.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas Johari meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam di Selangor pada 17 Ogos lalu.

BBerkaitan

Latest articles