Bertam Nadi Pembangunan Kepala Batas, Teruskan Legasi BN

KUALA LUMPUR: Tewas di Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lalu bukanlah penamat kepada kerja-kerja berbakti kepada rakyat.

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap pengundi memberi kepercayaan sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini.

Malah pelbagai perancangan yang mahu diteruskan untuk pembangunan Kepala Batas sejak dirinya menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 10 tahun lalu.

Namun tsunami politik yang melanda negara sejak beberapa tahun ini turut memberi kesan kepercayaan rakyat di Pulau Pinang terhadap dirinya, terutama di Parlimen Kepala Batas.

“Esok merupakan Hari Mengundi Awal bagi Pilihanraya Negeri ke-15.

“Bagi DUN Bertam, saya menawarkan diri untuk mewakili warga Bertam, tanah kelahiran saya, tanah tempat saya membesar dan tanah saya ingin meneruskan khidmat saya kepada masyarakat,” ujarnya.

Malah seperti yang sering dikatakam sebelum ini, Reezal Merican berjanji mahu meneruskan legasi perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“10 tahun saya menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas, meneruskan legasi Ayahanda Pak Lah, Bertam merupakan nadi pembangunan di sini.

“Pelbagai pembangunan infrastruktur, program pembangunan masyarakat, program kebajikan rakyat, pembangunan islam serta inisiatif untuk anak-anak muda telah dapat disediakan.

“Meskipun tewas dalam PRU-15 lalu, saya tidak pernah meninggalkan Kepala Batas. Apatah lagi di Bertam ini.

“Bantuan, sumbangan, khidmat dan pelbagai program untuk rakyat tetap dilaksanakan malah diperkasa. Begitu jugalah kepada barisan hadapan kita, pasukan beruniform serta pasukan keselamatan yang menjadi keutamaan saya. Tidak sesekali saya lupakan.

“Berbekalkan pengalaman, keupayaan dan khidmat yang terbukti dilaksana. Saya memohon sokongan, dokongan serta undi daripada anak-anak Bertam yang akan mengundi awal esok, memilih saya untuk mewakili anda semua,” ujarnya.

PRN Pulau Pinang yang berlangsung 12 Ogos ini menyaksikan Reezal Merican bakal bersaing dengan penyandang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN).

BBerkaitan

Latest articles