Ahli Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini meluahkan rasa anehnya dengan sikap pemimpin pembangkang yang kerap berbalah tentang isu siapakah calon yang sesuai untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Mahathir Sokong Shafie Sebagai Calon PM, Anwar Kekal TPM
Ujarnya, perebutan individu yang layak memegang jawatan itu dianggap lebih penting di kalangan mereka di dalam Pakatan Harapan (PH) berbanding dari memikirkan kebajikan dan kepentingan untuk rakyat.
“Tun M kini mengangkat DS Shafie Apdal sebagai calon PM untuk konglomerat PH. Hanya bertanya … adakah ini hanya untuk politik PH: siapa yang akan menjadi PM? Bila seseorang akan menjadi PM; Berapa lama seseorang akan menjadi PM,” katanya.
Rais memberikan reaksinya selepas pemimpin PH masih berbolak-balik mencalonkan perdana menteri sekiranya mereka kembali berkuasa.
DAP dan Amanah pada semalam tiada keputusan muktamad diambil di peringkat PH untuk menamakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon PM.
Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Shafie sebagai calon PM selepas menolak cadangan PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahi