Mahathir Sokong Shafie Sebagai Calon PM, Anwar Kekal TPM

Selepas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dengan menamakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon jawatan berkenaan.

Perkara itu diumumkan menerusi satu klip yang dimuatnaik di media sosial dengan memaklumkan seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong Ketua Menteri Sabah itu.

Pemilihan Shafie, menurut Dr Mahathir adalah kerana Presiden Warisan itu satu aliran dengan dirinya.

“Saya akan kempen untuk Shafie. Dan saya akan terangkan kenapa kita pilih Shafie.

“Dan saya harap kita semua faham, walaupun saya tak jadi calon, tapi ini adalah orang yang sebulu dengan saya, dan sebulu dengan kita semua iaitu dia melawan kleptokrat.

““Sebab itu kita perlu sokong Shafie. Dan bagi saya itu sama dengan sokong saya. Saya akan sokong Shafie.

“Jadi walaupun ada pertukaran sedikit, saya harap akar umbi akan terus memberi sokongan kepada calon kita, Shafie Apdal,” katanya lagi,” kata Mahathir dalam video berkenaan.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama wakil pemimpin parti berkenaan turut bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

BBerkaitan

Latest articles