Armada Kelantan Desak Gantung Keahlian Mereka Yang Disiasat SPRM

Selain mencalarkan imej parti, seramai 12 pemimpin Armada Bersatu Kelantan hari ini mendesak supaya kepimpinan tertinggi parti itu menggantung keahlian dua ahli parti yang kini sedang disiasat Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan rampasan wang tunai bernilai RM600,000.

Empat Ketua Armada sedia ada yang menandatangani kenyataan itu adalah Saizo Abd Ghani (Kota Bharu), Mohd Suhardi Mohd Fauzi (Tumpat), Wan Mohamad Syakir Wan Mohamad Azlan (Kuala Krai) dan Syed Mohd Amiruddin Syed Aluawi (Rantau Panjang).

Selebihnya merupakan mereka yang menang jawatan ketua Armada dalam pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini, iaitu Muhammad Amiin Ridhuwan (Pasir Mas), Nas Azreel Nasruddin (Pengkalan Chepa), Mohd Ridhwan Nordin (Tanah Merah), Ahmad Firdaus Nawi (Machang), Nik mohd Haniff Paramli (Gua Musang), Mohd Ilmie Sapie (Jeli), Mohd Fami Zakaria (Bachok) dan Aiman Zawawi (Ketereh).

Kesemua mereka juga menolak siasatan ke atas dua ahli tersebut sebagai bermotifkan politik.

“Siasatan ke atas penyalahgunaan dana ini bukan bermotifkan politik menjelang pemilihan tetapi berikutan kehilangan wang berjumlah RM250,000 di dalam peti besi di rumah bekas Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah tersendiri gugur dari keahlian Bersatu baru baru ini.

“Kami berharap pimpinan Bersatu membersihkan kesemua individu yang terlibat dengan kes ini dan menggantung keahlian mereka seketika sementara siasatan di jalankan,” kata mereka.

SPRM pada semalam merampas wang tunai bernilai RM600,000 daripada rumah dua ahli Armada Bersatu berkenaan.

Turut dirampas adalah sebuah kereta yang berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng.

Dua ahli Armada berkenaan disiasat pada 5 Jun lalu berdasarkan laporan yang dibuat oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Mac lalu berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada peti simpanan di kediamannya.

BBerkaitan

Latest articles