Anwar Titip Ucapan Ulang Tahun Ke-101 Buat Tun M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan agar negarawan itu terus dikurniakan rahmat, kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah,” katanya.

Dr Mahathir, yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, merupakan individu yang paling lama berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun bermula 1981 hingga 2003 sebelum kembali memegang jawatan itu buat kali kedua dari 2018 hingga 2020.

Pelantikan semula beliau pada usia 92 tahun turut mencatat sejarah apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia ketika itu. – Bernama

BBerkaitan

Latest articles