KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang tadi berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Pertemuan itu dimuatnaik dalam Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Anwar menghadap Al-Sultan Abdullah buat pertama kali sejak mengangkat sumpah jawatan pada Khamis lalu.
“Sesi menghadap yang bermula pada jam 5 petang itu merupakan yang kali pertama buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara,” menurut kenyataan tersebut.