Anwar Dakwa Dipaksa Tanding Timbalan Presiden Lawan Tok Mad Pada 2018

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa dirinya dipaksa oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Pemilihan UMNO 2018.

Anwar mendakwa komplot itu dilakukan oleh Ahmad Zahid, meskipun Presiden UMNO itu tahu dirinya tidak berminat dengan jawatan nombor dua itu.

“Saya sudah sampai Lapangan Terbang Subang waktu itu, dia call suruh saya bertanding, saya kata macam mana nak bertanding, naib presiden pun tak pernah bertanding, macam mana nak bertanding timbalan presiden.

“Saya bukan nak tanding, Zahid tahu saya tak nak bertanding, saya hanya bertanding Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dia kata, anggap ini sebagai arahan.

“Saya kata kenapa saya nak kena bertanding? Dia kata sebab Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) tak nak bertanding, dia pula tak nak Tok Mad,” katanya memetik MalaysiaGazette dalam satu wawancara khas bersama portal itu.

Sebelum ini, Annuar membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menentang penyandangnya, Mohamad, atau Tok Mad pada pemilihan parti itu 30 Jun 2018.

Keputusan Annuar menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini parti.

Dakwa Annuar, Ahmad Zahid tidak mahu Tok Mat lebih menonjol daripada dirinya selepas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menunjulkan prestasi yang baik dalam keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2018.

“Bila Zahid ambil alih, pergi separuh jalan, kita lihat orang marah sangat pada UMNO selagi Zahid pegang. Dia berundur sekejap, bila Tok Mad pegang, UMNO naik mencanak, ini sejarah.

“Data pilihan raya bawah Tok Mad, menang… menang…menang…kemudian bila dia (Zahid) nampak Tok Mad kuat, dia datang balik, claim balik jawatan daripada Tok Mad.

“Dia tak boleh tipu, dia beritahu saya, dia tak nak Tok Mad kuat, sekarang dia kutuk saya kalah, maka dia lantik saya jadi SUA UMNO,” katanya.

Sehubunhan itu, Annuar mendakwa dirinya tiada pilihan melainkan terpaksa menuruti arahan Ahmad Zahid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa keluar berkempen.

“Oleh kerana dia kata, saya dilantik oleh dia, maka saya bertanding, dia pun tahu saya bertanding, saya tak berkempen pun.

“Bukan saya minat sangat dengan jawatan itu, saya ini pekerja parti dan saya orang yang tak ada duit nak tabur sana tabur sini, saya masuklah bertanding, maka saya tak menang, saya tak dukacita, sebab Tok Mad kawan baik saya,” katanya lagi.

Meskipun Annuar tewas namun beliau berjiwa besar dan boleh menerima sesiapa sahaja di dalam UMNO untuk menjadi pemimpin parti itu.

“Saya tanding lawan Tok Mad saya kalah, Tok Mad jadi calon di Rembau, siapa dia pengarah pilihan raya dia? Bukan orang Negeri Sembilan (tapi) saya, saya pengurus kempen, saya penyelaras koordinator pilihan raya Rembau.

“Saya yang atur strategi biar Tok Mad menang dengan majoriti besar, Tok Mad jangka menang 2,000 undi sahaja, saya kata tidak, saya akan buat sesuatu, dia akan menang lebih dari itu,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles