Anak Annuar Pula Keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar mengesahkan tindakannya keluar dari parti itu kerana untuk bersama perjuangan bapanya, Tan Sri Annuar Musa dalam Muafakat Nasional (MN).

Turut mengambil tindakan yang serupa adalah 20 ahli dan ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa, sekaligus menyebabkan cabang itu terbubar.

Beliau membuat keputusan itu petang tadi dengan disaksikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Ketereh.

Afiq berkata keputusan untuk tidak lagi sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini ada sumber menyatakan, Afiq menerima tekanan daripada pihak tertentu selepas bapanya menyertai PAS.

BBerkaitan

Latest articles