KUALA PILAH – Bagi Datuk Seri Megat Shariman, kempen pilihan raya bukan sekadar mengenai menyampaikan janji, tetapi itu Adalah peluang untuk mengetuk pintu rumah, duduk bersama penduduk dan mendengar sendiri suara hati mereka.
Calon BERSATU bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti itu berkata Setiap suara rakyat ialah amanah yang perlu didengari, setiap keluhan merupakan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian, manakala setiap cadangan menjadi panduan dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat,” katanya.
Kunjungan itu memberi ruang kepada Megat Shariman untuk bertanya khabar serta mendengar pandangan, harapan dan permasalahan yang dihadapi penduduk dalam kehidupan seharian katanya ketika meneruskan Program Ziarah Kasih dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Ampang Serong, Jalan Tanjong Ipoh, hari ini.
Tambahnya dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan, penduduk berpeluang meluahkan isi hati secara terbuka. Bagi mereka, kesudian seorang calon hadir di hadapan pintu rumah dan mendengar sendiri keluhan masyarakat membawa makna yang cukup besar.
Pendekatan turun padang itu turut membolehkan Megat Shariman memahami dengan lebih dekat denyut nadi masyarakat, khususnya keperluan golongan yang memerlukan perhatian dan pembelaan.
Tegasnya, kekuatan seorang pemimpin bukan diukur berdasarkan sejauh mana beliau didengari, tetapi sejauh mana beliau sanggup mendengar suara rakyat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Ampang Serong atas sambutan mesra dan penuh kasih yang diberikan sepanjang kunjungan berkenaan.
Megat Shariman berkata, beliau akan terus istiqamah turun padang, mendekati rakyat serta berusaha membawa perubahan yang memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.
Pilihan Raya DUN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos 2026.










