KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah pada Rabu, 27 Mei ini.
Perkara itu diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan hari ini yang menetapkan 1 Zulhijjah 1447H jatuh pada 18 Mei 2026.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan berkenaan dibuat bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Sehubungan itu, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 10 Zulhijjah bersamaan 27 Mei 2026.










