Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Setia Dengan BN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin MCA dan MIC kekal menjadi sebahagian komponen gabungan berkenaan.

Terdahulu kedua-dua parti itu tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah tawaran dari pihak lawan terhadap MCA dan MIC disifatkan Ahmad Zahid sebagai keadaan biasa apatah lagi menjelang pilihan raya.

“Di mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) apatah lagi Pilihan Raya Negeri (PRN), tambahan pula Pilihan Raya Umum (PRU) mesti tawaran-tawaran ini akan dilakukan mereka.

“Tetapi saya yakin, MCA dan MIC akan tetap bersama BN,” tegasnya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) & Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka, semalam.

Baru-baru ini Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mahu MCA serta MIC menyertai PN dan menawarkan tempat untuk calon kedua-dua parti itu bertanding di kerusi campuran pada PRN tidak lama lagi.

Beliau membuat tawaran berkenaan selepas MCA dan MIC membuat pengumuman mengejut kedua-dua parti komponen itu tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada PRN kali ini.

Bagaimanapun, kurang 24 jam susulan tawaran dibuat, kedua-dua parti menolak lamarannya.

BBerkaitan

Latest articles