Agong, Permaisuri Agong Zahirkan Selamat Hari Wesak Buat Penganut Buddha

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Meskipun penularan wabak Covid-19 membawa cabaran baru kepada seluruh rakyat Malaysia, titah baginda berdua lagi, keadaan itu bagaimanapun mewujudkan suasana baharu dalam kehidupan harian.

“Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dengan kebiasaan baharu dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak COVID-19,” menurut baginda berdua dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini