Agong Ajak Rakyat Jauhi Fitnah, Pemikiran Sempit

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum diajak untuk menjauhi sikap negatif yang tidak membawa manfaat demi menjaga keharmonian masyarakat, demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Di sini kita menasihatkan jauhi lah perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah, jauhi pemikiran judgemental, sempit dan negatif.

“Ini kerana ia tidak akan tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara,” titah baginda pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda juga menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia Madani.

“Usaha itu bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan, mendokong prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi,” titahnya.

Titah Baginda lagi, umat Islam perlu menzahirkan semangat dan roh hijrah menerusi kesatuan dan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum.

“Semangat dan roh hijrah perlu kita jelmakan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi,” titah Baginda lagi.

BBerkaitan

Latest articles