Kuala Lumpur – Tular di dalam aplikasi Whatapps notis mengenai kebangkrapan seorang individu yang dipercayai Seorang Adun Di Selangor.
Melalui keratan notis bangkrap bertarikh 26 Mac 2024 yang dikeluarkan terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam oleh SMEB Asset management Sdn Bhd.
Melalui notis berkenaan, ianya menyatakan bahawa Notis Kebankrapan tersebut diserahkan kepadanya secara penyampaian ganti dengan penampalan sesalinan
Perintah Penyampaian Ganti beserta sesalinan notis Kebankrapan tersebut di papan notis Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan 3 premis yang beralamat di Shah Alam, Bukit jelutong dan Kuala Selangor.
Untuk rekod Adun berkenaan merupakan Bekas Ketua Pemuda sebuah parti politik sebelum bertindak keluar parti dan menjadi calon kepada parti yang menjadi seteru politik partinya sebelum ini.