Adun Chini Meninggal Dunia Pagi Ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini dalam Parlimen Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengesahkan kematian Allahyarham menerusi muat naik status di Facebook rasmi beliau pagi ini.

“Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya menerusi status itu.

Wan Rosdy turut menyampaikan salam takziah kepada pihak keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian ini.

Abu Bakar pernah dilantik sebagai EXCO Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di antara tahun 2013 hingga 2018.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini