Ada Ustaz PAS Arah Jangan Makan Di Kenduri UMNO, Nanti Masuk Neraka

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kesal dengan sikap pihak lawan yang menakut-nakutkan pengundi di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang ‘kenduri’ anjuran UMNO atau mereka akan masuk neraka.

Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Shaik Hussein Mydin berkata, dia mendengar sendiri dakwaan itu semasa menghadiri kenduri yang dianjurkan oleh orang kampung baru-baru ini.

Dakwaan itu dilemparkan oleh seorang ustaz daripada PAS, katanya.

“Saya terkejut mendengar itu (jauhi kenduri UMNO atau masuk neraka). Saya tak masak makanan pun di situ. Namun saya memberitahu orang kampung tidak mengapa, esok kita akan membuat kenduri lebih besar lagi,” kata calon DUN Sungai Dua itu dalam ucapan di Butterworth Arena malam tadi.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Manifesto Perpaduan Pulau Pinang 2023 dan Pengenalan calon-calon Perpaduan PH-BN.

Shaik Hussein menjelaskan beliau kemudiannya bertanya kepada penduduk kampung siapa yang telah mengeluarkan dakwaan itu.

Dimana penduduk memaklumkan ia datang daripada seorang ustaz dari Tasek Gelugor.

Penduduk kampung juga meluahkan rasa kecewa apabila mereka terdengar kata-kata sedemikian daripada ustaz berkenaan.

“Ini bukan kali pertama seseorang daripada PAS melemparkan kenyataan demikian,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles