KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gambar yang tular di media sosial, yang memaparkan dirinya sedang memikul bantuan kepada mangsa banjir, adalah gambar lama.
Ujarnya lagi, ada pihak tertentu sengaja mengaitkan keadaan kesihatannya sekarang, apatah lagi apabila dirinya mendapatkan rawatan kesihatan di luar negara, bulan lalu
“Sebenarnya ini gambar lama saya yang dirakam semasa banjir di Pahang pada 7 Jan.
“Dakyah mereka saya baru selesai menjalani rawatan tetapi sudah berupaya memikul barangan berat untuk mangsa banjir pada minggu lalu,” katanya.
Malah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu percaya pihak berkenaan tidak sudah-sudah dengan politik “nista” dalam keadaan ramai rakyat berdepan kesulitan akibat bencana.
“Nampak gaya mereka ini masih tidak serik-serik,” katanya.