Acheh Tetap Laksana Hukuman Sebat Secara Terbuka Ketika Covid-19

Meskipun Indonesia kini mencatat bilangan kes yang semakin meningkat akibat Covid-19, namun ia tidak menghalang pelaksanaan hukuman sebat terbuka di Acheh sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Terbaru pada semalam, satu pasangan ditangkap dan dihukum sebatan di khalayak sebanyak 100 kali akibat kesalahan zina.

Sebelum disebat, pasangan berkenaan diperiksa suhu badan terlebih dahulu dan memakai topeng penutup hidung dan mulut.

Hukuman itu dilakukan di sebuah masjid di barat Sumatera dan dihadiri oleh sekumpulan kecil orang awam.

Meskipun sedar dengan larangan berkumpul di kawasan awam, namun pegawai yang melaksanakan hukuman itu memaklumkan pihaknya mematuhi prosedur penjarakan sosial dan beberapa langkah yang lain.

Acheh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan perintah hukuman Islam berkenaan.

Kesalahan seperti itu dilaksanakan kepada mereka yang terbukti bersalah melakukan penzinaan, perjudian, mengambil minuman keras dan seks luar tabii.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini