Abdul Wahab Mahu Tuntut Keadilan, Akui Trauma

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dirinya tertekan dan trauma dengan apa yang menimpa dirinya, sejak video perbualan intim bersama Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff tersebar.

Hari ini Abdul Wahab hadir ke IPD Kajang untuk memberi keterangan selama lima jam dan ditemani peguamnya Faizal Abd Rahman.

Beliau bagaimanapun hanya memberi kenyataan ringkas ketika ditemui pemberita.

Abdul Wahab, 33, sebelum ini muncul pada sidang media di sebuah hotel di Bangi 17 November lalu, bersama Mohammad Agus.

Beliau turut diajukan status jawatannya di J-KOM.

“Saya tak pasti lagi status jawatan di sana (J-KOM),” katanya ringkas.

Terdahulu, pada 16 November lalu tular di platform media sosial adalah perbualan antara Mohammad Agus bersama seorang lelaki, yang antaranya mengajak untuk melakukan hubungan intim.

Mohammad Agus menafikan video perbualan berkenaan dan menyifatkan ia adalah palsu, selain mendakwa ada pihak sengaja menyunting kandungannya.

Bahkan Abdul Wahab juga mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

BBerkaitan

Latest articles