Abdul Wahab Dakwa Wujud Gangguan Seksual Oleh Mohammad Agus – KPN

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abd Kader Jilani mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan atas dakwaan Abdul Wahab itu, yang
menurutnya berlaku di Bintulu, Sarawak.

“Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian itu berlaku ke atas dirinya pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

“Polis telah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya pada hari ini.

Tambah beliau, Abdul Wahab membuat laporan polis itu sebagai perlindungan untuk diri sendiri dan pada masa yang sama menafikan sekeras-kerasnya terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus.

Dalam masa yang sama, Razarudin menambah, polis masih meneruskan siasatan dalam kes berkenaan dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan membantu siasatan polis.

Terdahulu, pada 30 November 2023, Abdul Wahab ditemani peguamnya Faizal Abdul Rahman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sekitar jam 11 pagi untuk membuat laporan polis.

Menurut Abdul Wahab, laporan polis dibuat membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah yang tular di media sosial.

Abdul Wahab juga mengakui beliau tertekan dan masih trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan Mohammad Agus.

BBerkaitan

Latest articles