Abdul Halim Dilantik KP SPRM Baharu Berkuat Kuasa 13 Mei

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melantik Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa pelantikan tersebut akan mula berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.

Abdul Halim yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi dilihat membawa pengalaman luas dalam bidang perundangan, sekali gus diharapkan mampu menggalas tanggungjawab besar menerajui agensi antirasuah negara itu.

Menurut Shamsul Azri, kerajaan menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan beliau, khususnya dari segi integriti dan kepakaran, untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut.

“Pelantikan ini diyakini dapat memperhebatkan usaha memerangi rasuah dan memperkasa agenda integriti demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

BBerkaitan

Latest articles