Abdul Hadi Nafi Tuduh UMNO Langgar Piagam MN

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan dirinya mendakwa UMNO bertindak melanggar piagam kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Sebaliknya, beliau menegaskan ada pemimpin UMNO yang bertindak sedemikian.

“Saya tidak kata UMNO, saya kata ada orang yang langgar, bukan UMNO. Bukan atas parti UMNO, Majlis Tertinggi dia bukan seorang, tapi ramai.

“UMNO secara kolektif bukan parti yang bergerak atas individu,” katanya.

Malah, di sebalik tindakan PAS yang lebih memilih BERSATU, PrAbdul Hadi juga menyatakan bahawa MN masih lagi bertahan dan boleh diselamatkan.

“Boleh selamatkan lagi hubungan Muafakat Nasional (MN), ia masih hidup lagi.

“Tidak dikuburkan,’” katanya dalam sidang media sempena sambutan 70 tahun PAS Terengganu, semalam.

Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa hubungan PAS dan UMNO masih lagi boleh diselamatkan, kerana ia berdasarkan kepada parti dan bukannya individu.

“Hubungan secara umum dengan UMNO masih baik, bukan (atas dasar) individu, kita anggap UMNO sebagai parti bukan sebagai individu.

“Antaranya kerjasama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional, UMNO sama-sama terlibat, UMNO belum tarik diri lagi.

“Mereka tidak tarik diri, dalam Kabinet,” ujarnya lagi.

Sementara itu PAS, menurut Abdul Hadi menyerahkan kepada UMNO untuk membuat pendirian berkenaan kedudukan MN di masa akan datang.

Apatah lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya (PAU) pada 13 Januari depan.

“Itu terpulang, mesyuarat lah. Walau bagaimanapun PAS itu pendirian sebagai mana saya sebutkan tadi,” jawab Hadi ketika ditanya mengenai masa depan MN yang mungkin akan diputuskan pada perhimpunan tahunan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles