Nik Amar Jangka Parlimen Dibubarkan Disember, PRU Mungkin Hujung Januari 2027

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan Parlimen mungkin dibubarkan pada Disember ini, sekali gus membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung pada penghujung Januari 2027.

Beliau berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan perkembangan politik semasa, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 yang dijadualkan berakhir pada Sabtu.

“Berdasarkan perkembangan politik semasa, jangkaan saya ialah Parlimen mungkin dibubarkan pada Disember 2026, sama ada pada awal atau pertengahan bulan.

“Tambahan, Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 akan berakhir hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Menurutnya, sekiranya jangkaan pembubaran Parlimen itu menjadi kenyataan, PRU berkemungkinan berlangsung pada penghujung Januari 2027, sebelum menjelang Ramadan.

Beliau berkata, keadaan itu bermakna tempoh persediaan untuk menghadapi pilihan raya berkenaan semakin singkat.

“Jika demikian keadaannya, tempoh persediaan yang masih berbaki amat singkat.

“Dengan izin Allah SWT, saya menaruh harapan agar segala usaha ini akhirnya membawa kita ke Putrajaya,” katanya.

Bagaimanapun, jangkaan berkenaan merupakan pandangan beliau berdasarkan perkembangan politik semasa dan belum disertai sebarang pengumuman rasmi mengenai tarikh pembubaran Parlimen atau PRU.

BBerkaitan

Latest articles