GPS Kuasai 29 Kerusi Tanpa Bertanding, Hanya Perlu 13 Lagi Untuk Bentuk Kerajaan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) semakin menghampiri pembentukan kerajaan negeri apabila mengesahkan kemenangan tanpa bertanding di 29 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Kemenangan itu diperoleh selepas tiada pencabar lain mengemukakan penamaan calon bagi 29 kerusi berkenaan, sekali gus membolehkan calon GPS diumumkan menang tanpa perlu melalui proses pengundian.

Dengan perkembangan itu, gabungan pemerintah negeri berkenaan hanya memerlukan tambahan 13 kerusi untuk mencapai majoriti mudah 42 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Bagi memperoleh majoriti dua pertiga pula, GPS perlu menguasai sekurang-kurangnya 55 daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

Sebahagian besar kerusi yang dimenangi tanpa bertanding itu membabitkan kawasan majoriti Melayu-Melanau, selain beberapa kawasan majoriti Iban termasuk Engkilili, Layar dan Bukit Saban.

GPS turut mencatat kemenangan tanpa bertanding di Repok, Sarikei, yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina.

Antara pemimpin utama GPS yang turut memperoleh kemenangan tanpa bertanding ialah Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Openg di Gedong, selain dua Timbalan Pengerusi gabungan itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Bukit Sari dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Bukit Saban.

Berikut senarai 29 kerusi yang dimenangi GPS tanpa bertanding:

* N3 – Tanjong Datu
N4 – Pantai Damai
N5 – Demak Laut
N6 – Tupong
N7 – Samariang
N8 – Satok
N15 – Asajaya
N16 – Muara Tuang
N24 – Sadong Jaya
N25 – Simunjan
N26 – Gedong
N27 – Sebuyau
N28 – Lingga
N29 – Beting Maro
N33 – Engkilili
N35 – Saribas
N36 – Layar
N37 – Bukit Saban
N41 – Kuala Rajang
N42 – Semop
N43 – Daro
N45 – Repok
N56 – Dalat
N57 – Tellian
N62 – Katibas
N63 – Bukit Goram
N71 – Bekenu
N72 – Lambir
N82 – Bukit Sari

BBerkaitan

Latest articles