Hampir 97,000 Warga Asing Ditahan Kes Jenayah Sejak 2024

KUALA LUMPUR: Hampir 97,000 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di negara ini sejak 2024 hingga September lalu, dengan jumlah tangkapan meningkat 10.9 peratus pada tahun lalu berbanding sebelumnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata sebanyak 96,844 tangkapan direkodkan dalam tempoh berkenaan, merangkumi 33,136 individu pada 2024 dan 36,740 pada 2025.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, seramai 26,968 warga asing turut ditahan atas kesalahan jenayah.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran undang-undang, termasuk jenayah membabitkan warga asing.

Menurutnya, usaha penguatkuasaan terus diperkukuh melalui operasi bersepadu, perkongsian risikan dan kerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi memastikan tindakan lebih berkesan.

Mohd Khalid berkata, undang-undang negara terpakai secara sama rata kepada semua individu tanpa mengira status, kedudukan atau kewarganegaraan.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak berkuasa bagi membantu membendung jenayah serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

BBerkaitan

Latest articles