Najib Tiba Di Kediaman Jam 9.27 Malam Tadi

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, malam ini, bagi menjalani baki hukuman penjara membabitkan kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah.

Najib, 73, tiba kira-kira jam 9.27 malam dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 diiringi kawalan keselamatan.

Difahamkan, kenderaan yang membawa beliau meninggalkan Penjara Kajang pada jam 9 malam sebelum tiba di kediaman berkenaan.

Kehadiran Najib turut menarik perhatian petugas media yang mula berkumpul di luar kediaman itu sejak jam 3 petang bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pemindahannya.

Anggota polis turut dilihat berkawal di sekitar kawasan kediaman berkenaan bagi memastikan keadaan terkawal.

Terdahulu, Najib dibawa kembali ke Penjara Kajang selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bagi urusan pentadbiran sebelum proses pemindahan ke kediamannya dilaksanakan.

BBerkaitan

Latest articles