Pelawat Najib Perlu Dapat Kebenaran Jabatan Penjara

KUALA LUMPUR: Individu yang mahu menziarahi Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Langgak Duta sepanjang menjalani tahanan rumah dijangka perlu mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara Malaysia terlebih dahulu.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, prosedur lawatan masih belum dimuktamadkan, termasuk kemungkinan penggunaan sistem kawalan menerusi pos keselamatan di kediaman berkenaan.

Katanya, pihaknya juga belum mendapat kepastian sama ada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli keluarga lain dibenarkan tinggal bersama bekas Perdana Menteri itu.

Menurutnya, perkara berkenaan hanya dapat dipastikan selepas Najib dimaklumkan mengenai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang menjalani tahanan rumah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles