Najib Lega Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah – Shafee

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, keputusan itu memberi kelegaan besar kepada Najib yang sekian lama menantikan pelaksanaan perintah berkenaan.

Katanya, Najib bagaimanapun perlu dibawa kembali ke Penjara Kajang terlebih dahulu bagi membolehkan syarat serta prosedur tahanan rumah diterangkan kepadanya sebelum dibawa ke kediaman berkenaan.

“Beliau akan kembali ke (Penjara) Kajang terlebih dahulu bagi membolehkan syarat tertentu dan formaliti dibacakan kepadanya, termasuk perkara yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kediaman itu,” katanya pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Shafee menjelaskan individu yang mahu menziarahi Najib sepanjang menjalani tahanan rumah dijangka perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Penjara Malaysia terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci mengenai prosedur lawatan, namun menjangkakan setiap kunjungan perlu melalui proses permohonan dan kelulusan pihak berkuasa.

“Pelawat tetap perlu mendapatkan kebenaran (Jabatan Penjara) untuk menemui beliau,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles