Najib Dipindahkan Ke Tahanan Rumah Serta-merta

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di kediamannya di Taman Duta, berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Keputusan itu menyaksikan bekas Perdana Menteri berkenaan dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya bagi menjalani hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin, turut membatalkan perintah pelepasan berdasarkan pembayaran denda RM50 juta yang dikeluarkan pada 6 November lalu.

Sebaliknya, perintah berkenaan digantikan dengan arahan bersyarat yang menetapkan Najib menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan di rumah.

“Ia digantikan dengan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan di rumah,” katanya.

Perkembangan itu menandakan perubahan terhadap pelaksanaan hukuman penjara yang sedang dijalani Najib berhubung kes SRC International.

Berita lanjut menyusul.

BBerkaitan

Latest articles